Waktu-Waktu Jimak

Thursday, 27 October 2011

Perlu diketahui adanya waktu-waktu bagi berjimak.Antara waktu-waktu yg disebutkan ialah :

1. Waktu yg ditegah ( haram )

Apabila isteri dalam keadaan sedang haid,nifas atau wiladah.Haram berjimak dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji.Haram juga menyetubuhi isteri melalui duburnya

2. Waktu yg makruh

Makruh jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.

3. Waktu yg sunat

Sunat memilih hari yg baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.

Begitulah beberapa panduan untuk memilih waktu terbaik untuk jimak. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP