Pengantin Baru Belum Kecapi Nikmat

Thursday 20 October 2011



Saya berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu.Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan.Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya,kadangkala zakar saya sakit.Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?

SUAMI RISAU
Rawang, Selangor

Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks.Jika ini tidak berlaku,individu itu tidak selesa dan puas.

Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin,apabila gagal dia tertekan.Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma.Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi.Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.

Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi.Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga.

Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan,tapi di belakang,iaitu memasuki pundi kencing.Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang.Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal,urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan urat saraf,sistem ejakulasi tergendala.

Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani,keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm.Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.

Sumber Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP