Suami Sukar Kekalkan Ketegangan

Monday, 14 November 2011

SUAMI saya tidak mampu mengekalkan ketegangan alat sulitnya.Suami beritahu,dia berasa ghairah ketika melihat saya tetapi apabila hubungan seks dilakukan,dia sukar mengekalkan ketegangan alat sulitnya.

Keadaan ini membuatkan dia sering rasa bersalah.Saya menyayanginya dan bersimpati dengan masalah dihadapinya.Adakah penyakit suami boleh disembuhkan dan apakah rawatan sesuai untuknya?Di manakah dia boleh dapatkan rawatan?

ANIRAZA
Kuala Lumpur

Lelaki dalam keadaan ghairah seksual akan mencapai ereksi zakar.Zakar yang kendur dan mengecil akan mengembang dan membesar akibat kemasukan banyak darah dalam liang otot pengembang zakar dan membuatkan zakar keras dan padat.

Pada masa sama, ruang ‘kavernosa’ otot erektil dalam liang otot zakar menjadi lega untuk memudahkan darah masuk dengan banyak, membuatkan zakar tegang dengan padat.

Tahap ketegangan ini dikenali sebagai tahap ketegangan gred empat,yang mana penetrasi boleh dilakukan walaupun wanita itu belum bersedia.

Ereksi gred tiga hanya mampu melakukan penetrasi seandainya wanita itu bersedia,iaitu jika faraj lembap dan licin serta wanita itu melegakan pembukaan faraj.

Jika tidak berbuat begitu,zakar tidak masuk dengan penuh dan hanya tersekat di pembukaan faraj. Untuk gred dua dan satu, zakar nampak besar tapi jika dipegang,ia sekadar pejal.Saya menganggarkan gred ereksi suami anda hanya dua ke bawah,maka sukar melakukan tusukan.
Wujud situasi di mana ereksi padat menjadi kurang padat akibat keciciran darah yang bertakung dalam ruang ‘kavernosa’ otot erektil.

Situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ dan cara mengatasinya ialah lelaki itu harus menambat pangkal zakarnya dengan alat ‘cincin penambat zakar’ yang sesuai.

Cincin ini dijual di pasaran dengan pelbagai jenama.Yang mustahak ialah jika mahu mencuba menggunakan cincin itu,pastikan ia selamat dan diperbuat daripada bahan yang tidak memberi kesan negatif kepada zakar atau anggota kelamin pasangan.

Cincin penambat zakar diperbuat daripada getah mengandungi kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj. ika suami anda boleh mencapai ereksi tapi gagal mengekalkannya untuk tujuan tusukan,mungkin cincin penambat zakar dapat membantu.
Jika masalahnya ialah tidak dapat ereksi mencukupi,dia perlu jumpa doktor untuk rawatan ‘ED’. Untuk permulaan,dia boleh jumpa doktor keluarga.

Jika tiada apa-apa perubahan dia boleh jumpa pakar.Jika berminat untuk jumpa saya,sila ke Damai Service Hospital di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

sumber : Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP