Bakal Pengantin Lelaki Gementar

Friday 11 November 2011


Saya berumur 22 tahun dan bakal berkahwin tidak lama lagi.Begitupun,saya runsing memikirkan keadaan zakar yang seakan-akan tiada daya ereksi sejak sebulan lalu.

Mungkinkah ini ada kaitan dengan tabiat saya yang kerap onani ketika remaja?Adakah keadaan ini boleh menular kepada mati pucuk?Selain itu,ketika saya membuang air kecil,ada sedikit lelehan air mazi.

WAN
Butterworth,
Pulau Pinang

Sememangnya anggota kelamin lelaki mudah mencapai ereksi ketika ia teruja seksual.Jika perasaan teruja itu reda,ereksi akan reda.

Jika anggota kelamin itu dirangsang untuk memanjangkan perasaan teruja seperti dilakukan ketika melakukan onani,ereksi akan kekal padat dan ejakulasi akan berlaku.Jika amalan onani diteruskan,anggota kelamin lelaki mudah teruja dan terangsang.Apabila amalan itu dikurangkan atau dihentikan,ereksi tidak akan berlaku kecuali ketika bangun tidur atau mahu membuang air kecil selepas bangun tidur.

Anda sudah henti tabiat onani dan tidak lagi menonton cerita porno atau membaca bahan yang membangkitkan perasaan syahwat.Oleh itu anda tidak akan mudah mencapai ereksi tanpa dirangsang.

Bagaimanapun,ereksi pada waktu pagi pasti kekal kerana ini fenomena semula jadi yang juga melambangkan kemampuan fungsi syahwat anda yang masih kekal.Mengenai pengeluaran cecair jernih ketika anda mengemut atau meneran selepas selesai membuang air kecil,cecair ini dihasilkan pundi Cowpers yang kebetulan terkeluar apabila anda kemut atau menggerakkan punggung selepas membuang air.

Ini adalah normal dan ia bukan penyakit.Anda mesti yakin diri dan usah terpengaruh cakap orang.

sumber : Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP