Seks Ketika Hamil Tidak Mudarat

Friday 11 November 2011

SAYA berumur 32 tahun dan menanti kelahiran anak pertama.Usia kandungan isteri saya kini enam bulan dan oleh kerana masih dalam mood bulan madu,kami kerap melakukan hubungan kelamin.

Seperti biasa,isteri saya tiada masalah dan tidak pernah mengadu sakit sewaktu mengadakan hubungan intim.

Saya mohon pandangan mengenai kesan hubungan intim ketika kehamilan,baik kepada isteri saya mahupun kandungannya.

MUHSID
Kangar, Perlis

Hubungan intim suami isteri adalah cara memastikan kehamilan berlaku.Ia sememangnya tidak menjejaskan kandungan atau memberi masalah kesihatan kepada wanita.

Anggota kelamin lelaki dan wanita adalah satu-satunya anugerah tuhan kepada manusia untuk melakukan hubungan seksual dan mendapatkan zuriat.

Ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja asalkan kedua-dua pihak tidak mengalami masalah kesihatan dan mampu melakukannya.

Perlu diketahui,segelintir wanita lebih seronok melakukan hubungan intim sebelum hamil dan ada pula yang seronok ketika hamil.

Malah,jika pasangan tiada masalah,hubungan tetap boleh dilakukan walaupun ketika isteri hampir melahirkan anak dikandungnya.

Hubungan intim pada waktu itu dapat mencetus atau menyenangkan kelahiran kerana air mani yang keluar mengandungi prostaglandin,sekali gus membantu melega pembukaan serviks bagi memudahkan kelahiran bayi.

Namun,jika isteri anda mengalami pendarahan atau ada pengeluaran darah atau tompok coklat yang menggambarkan darah lama,hentikan sementara hubungan intim dan segera melakukan pemeriksaan doktor.

Tanda itu antara simptom yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Jika anda tiada masalah seperti dalam hubungan itu,tiada sebab kenapa anda perlu berhenti sedangkan anda dan pasangan berhajat melakukannya.

Yang penting adalah melakukan hubungan seks dengan posisi yang sesuai dan selesa untuk pasangan.

sumber : Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP