Tiada Selera

Tuesday, 22 November 2011


MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar,lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Dalam keadaan ini,bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin,dalam bahasa mudahnya,hubungan mereka sudah mula dingin.

Boleh saja berlaku,sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting,bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.

Tidak dinafikan,menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka.Anda perlu pastikan,adakah pasangan anda kurang sihat?Ataupun dia letih atau tekanan (stress) ?

Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Wanita,seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.

Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.

Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes,masalah kolesterol tinggi,penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi,semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.

Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu,dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati putik’ atau ‘disfungsi seksual wanita’.Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.

Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat.Menjaga berat badan,mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fisikal dan stamina kukuh.

Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone,dia boleh mengamalkan suplimen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.

sumber : Metro

Read more...

Berhajat Untuk Tambah Saiz

Saturday, 19 November 2011

MINGGU ini saya ingin berkongsi satu maklumat berkaitan isu kesihatan lelaki kerana ramai mengajukan soalan mengenai keadaan bentuk fizikal ‘senjata’ mereka.


Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),satu daripada isu kesihatan lelaki ialah mengenai anggota kelamin yang mengalami kekurangan daripada aspek saiz, bentuk dan fungsi.

Isu itu menjadi tanggungjawab doktor yang mengendalikan kesihatan lelaki untuk memastikan keperluan itu dipenuhi dengan kaedah dan pendekatan selamat serta berkesan.

Di samping itu ada lelaki mahu membesarkan anggota kelaminnya mengikut keseronokan sendiri.Mereka sebenarnya memiliki anggota kelamin berbentuk normal dan tiada apa-apa masalah kecuali mahukan ‘senjata’ lebih besar.

Mereka tidak akan berjumpa doktor untuk tujuan itu dan tidak teragak-agak mencuba apa saja asalkan hasrat mempunyai anggota kelamin ‘besar’ tercapai.

Masalah timbul apabila kedua-dua kelompok lelaki,iaitu mereka yang memang mempunyai masalah saiz dan bentuk alat kelamin dan mereka yang normal tetapi ingin tambahkan saiznya, mencari jalan secara sendiri tanpa merujuk kepada pakar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebilangan besar daripada mereka akan gunakan Internet untuk mencari penawar dan sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mencuba pelbagai pendekatan dan kaedah yang sebilangan besarnya tidak memberi apa-apa kesan positif.

Sebilangan kaedah yang disyorkan melalui Internet memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya tidak faham atau keliru mengenai amalannya atau penggunaannya.

Kaedah pembesaran anggota kelamin melalui pendekatan tarikan tisu otot alat kelamin atau ‘tissue extension method’ dengan penggunaan alat penarikan mendapat banyak perhatian kerana ia dianggap selamat, berkesan, senang dan tidak memudaratkan.

Kini ada banyak alat mempunyai fungsi sama yang kebanyakannya hasil daripada teknologi ciplak yang dipaparkan dalam Internet dan ia tidak sama dengan alat yang melalui proses piawaian dan kajian klinikal.

Kebanyakan peralatan itu kelihatan sama seperti yang asli tetapi sebenarnya tidak. Jika dipakai,ia boleh memudaratkan anggota kelamin.

Saya mula mengendalikan kes lelaki yang mempunyai isu saiz dan bentuk anggota kelamin 15 tahun lalu. Ketika itu alat penarik tisu otot alat kelamin baru diperkenalkan di Eropah.

Saya mendapat sampel alat berkenaan ketika menghadiri Konferensi Andrologi Antarabangsa di Salzberg,Austria.Selepas menggunakannya dan mendapati ia berkesan,saya cuba berhubung dengan syarikat yang mengeluarkannya untuk membeli beberapa set.

Bagaimanapun,ketika itu alat itu masih dalam kajian dan hanya dipasarkan di sekitar Eropah. Kini alat itu dipasarkan secara global setelah mendapat sijil piawaian antarabangsa dan sokongan pakar urologi dan andrologi antarabangsa.

Alat tersebut ialah Androzakar@Andropenis Gold.

sumber : Metro

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP