Malam Pertama Tak Semestinya Berdarah

Wednesday, 2 November 2011


 APAKAH wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara?

Saya dapati ramai lelaki yang salah anggap jika isteri tidak keluar darah ketika bersama pada malam pertama,dia menganggap isterinya tiada dara lagi.

Sebelum ini,saya pernah membaca artikel daripada pakar yang mengatakan jika tiada darah keluar sewaktu bersama pada malam pertama,bermakna isteri sudah bersedia untuk menerima hubungan seks daripada suaminya.

Apabila isteri tidak menerima dalam keadaan tenang ( dalam keadaan malu-malu atau tidak bersedia ),darah akan keluar.Adakah pendapat itu benar?

LIZA, Klang, Selangor.

JAWAPAN

TIDAK semestinya.Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan,bekalan darah dan seumpamanya.

Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal,ada pula yang nipis seperti sehelai kertas.Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj ( bentuk cecincin ),mempunyai sambungan di tengahnya ( septate ),menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya ( fenestrasi ),malah ada yang menutup terus ( imperforate ).

Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah,ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah.Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.

Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan,ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj,tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit.Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan.Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik.

Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama.

Namun,ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia,pendarahan akan berlaku.Jika benar,sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia.

Kadangkala,pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang ( dinamakan fourchette posterior ),ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

sumber : Harian Metro

Read more...

Tips Untuk Malam Pertama

Tuesday, 1 November 2011



SAYA jejaka berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan akhir bulan ini.Perasaan saya bercampur baur antara gembira,risau dan bimbang dengan apa yang akan dilalui.Selama ini,saya tidak pernah membincangkan soal kelakian dengan rakan-rakan, jauh sekali dengan bapa kerana sifat saya yang pemalu.

Soalan saya,bagaimana saya hendak menempuh malam pertama?Apakah persiapan yang perlu saya lakukan?Bagaimana mahu memastikan malam pertama itu menggembirakan,bukan sesuatu yang menyakitkan atau semata-mata dipengaruhi gelojak nafsu?Apakah amalan-amalan yang patut saya lakukan dalam menempuh kehidupan berkelamin?Bagaimana dengan amalan urut dan tonik lelaki sihat?Apakah ia perlu dalam menjamin malam pertama yang hebat?

Untuk makluman doktor,saya berbadan sihat, cukup ciri fizikal dan selama ini berjaya mengawal nafsu seks dengan baik sama seperti lelaki lain.

J K Fad Subang Jaya, Selangor.

Jawapan:

TERLEBIH dulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana saudara akan menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi.Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan.Semestinya,semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.

Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan.Dari segi fizikal,saudara perlu pastikan saudara tidak mempunyai bau tidak menyenangkan,sama ada bau badan atau bau mulut.Pastikan badan saudara dalam keadaan bersih terutama sekali bahagian kemaluan.Sekiranya ada masalah kulit atau jangkitan di kawasan itu,pastikan ia dirawat terlebih dulu.

Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak menimbulkan bau.Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan penetrasi dan seks yang hebat.Saudara perlu ingat inilah kali pertama saudara melakukan hubungan seks dengan isteri dan sudah semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama berumahtangga.

Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan dan keletihan selepas seharian melayan tetamu.Oleh sebab itu,pada malam pertama saudara disaran usah meletak harapan tinggi supaya tidak kecewa.Mulakan dengan berbual bersama pasangan.Luahkan ungkapan cinta,imbas kembali kenangan manis ketika bercinta dan kini saudara sudah menjadi miliknya.Jadikan pasangan saudara selesa dan tenang.Usah takut berbincang mengenai apa yang kamu berdua mahukan serta harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.

Merasa selesa dan tenang bersama adalah faktor amat penting untuk memulakan hubungan seks buat kali pertama.Mulakan dengan foreplay dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Ini kerana wanita memerlukan masa bagi menyediakan diri untuk peringkat penetrasi.Foreplay ini termasuk ciuman,pelukan,belaian,sentuhan dan seks oral.Tanya kepada pasangan saudara, kawasan mana dirasakan nikmat lebih banyak.Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.

Sebagai seorang suami pada malam pertama,saudara perlu memikul peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru,kasar atau rakus.Apabila isteri saudara bersedia, penetrasi perlu dilakukan secara perlahan-lahan.Pastikan vagina dalam keadaan basah.Jika tidak,gel pelincir seperti KY jelly boleh digunakann.Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila vagina berada dalam keadaan kering.

Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam pertama.Ini adalah kerana dalam posisi ini,isteri saudara boleh mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan mengikut tahap penerimaan beliau.

Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya.Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh terjadi apabila pasangan saudara masih belum bersedia atau saudara sendiri boleh mengalami kegagalan ereksi ataupun ejakulasi pra matang.

Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor psikogenik.Ini termasuk faktor tekanan,performance anxiety dan tidak ada pengalaman dalam hubungan seks.Ejakulasi pra matang pula boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam mengawal ejakulasi.Sekiranya ini berlaku,saudara jangan gusar atau panik.

Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan tidak memerlukan apa-apa rawatan.Hubungan seks perlu latihan dan teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama,ia tidak sehebat yang dijangka.

Ada juga kemungkinan isteri saudara tidak akan mencapai klimaks pada malam pertama.Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penyesuaian diri.Saudara tidak perlu mengambil tonik kesihatan atau menjalani amalan urut sebagai persiapan menghadapi malam pertama.Urut terutama pada bahagian zakar boleh menimbulkan kecederaan dan pelbagai komlikasi.

Tonik tonik kesihatan yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak diketahui akan kandungan sebenarnya.Amalkan senaman,pengurusan tekanan yang bijak dan pemakanan sihat .

Jika saudara berdua sihat dan saling menyayangi antara satu sama lain,seks akan menjadi hebat.Bagaimanapun,ia mungkin tidak boleh dicapai dengan satu hubungan pada malam pertama.Saudara perlu bersabar dan belajar mengenai pasangan saudara dari segi fizikal dan mental.Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang boleh didapati di pasaran.

Paling penting,saudara akan bersama insan yang dicintai dan disayangi hingga ke akhir hayat.

sumber : Harian Metro

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP