Tiada Selera

Tuesday 22 November 2011


MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar,lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Dalam keadaan ini,bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin,dalam bahasa mudahnya,hubungan mereka sudah mula dingin.

Boleh saja berlaku,sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting,bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.

Tidak dinafikan,menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka.Anda perlu pastikan,adakah pasangan anda kurang sihat?Ataupun dia letih atau tekanan (stress) ?

Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Wanita,seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.

Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.

Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes,masalah kolesterol tinggi,penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi,semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.

Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu,dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati putik’ atau ‘disfungsi seksual wanita’.Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.

Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat.Menjaga berat badan,mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fisikal dan stamina kukuh.

Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone,dia boleh mengamalkan suplimen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.

sumber : Metro

Read more...

Berhajat Untuk Tambah Saiz

Saturday 19 November 2011

MINGGU ini saya ingin berkongsi satu maklumat berkaitan isu kesihatan lelaki kerana ramai mengajukan soalan mengenai keadaan bentuk fizikal ‘senjata’ mereka.


Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),satu daripada isu kesihatan lelaki ialah mengenai anggota kelamin yang mengalami kekurangan daripada aspek saiz, bentuk dan fungsi.

Isu itu menjadi tanggungjawab doktor yang mengendalikan kesihatan lelaki untuk memastikan keperluan itu dipenuhi dengan kaedah dan pendekatan selamat serta berkesan.

Di samping itu ada lelaki mahu membesarkan anggota kelaminnya mengikut keseronokan sendiri.Mereka sebenarnya memiliki anggota kelamin berbentuk normal dan tiada apa-apa masalah kecuali mahukan ‘senjata’ lebih besar.

Mereka tidak akan berjumpa doktor untuk tujuan itu dan tidak teragak-agak mencuba apa saja asalkan hasrat mempunyai anggota kelamin ‘besar’ tercapai.

Masalah timbul apabila kedua-dua kelompok lelaki,iaitu mereka yang memang mempunyai masalah saiz dan bentuk alat kelamin dan mereka yang normal tetapi ingin tambahkan saiznya, mencari jalan secara sendiri tanpa merujuk kepada pakar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebilangan besar daripada mereka akan gunakan Internet untuk mencari penawar dan sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mencuba pelbagai pendekatan dan kaedah yang sebilangan besarnya tidak memberi apa-apa kesan positif.

Sebilangan kaedah yang disyorkan melalui Internet memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya tidak faham atau keliru mengenai amalannya atau penggunaannya.

Kaedah pembesaran anggota kelamin melalui pendekatan tarikan tisu otot alat kelamin atau ‘tissue extension method’ dengan penggunaan alat penarikan mendapat banyak perhatian kerana ia dianggap selamat, berkesan, senang dan tidak memudaratkan.

Kini ada banyak alat mempunyai fungsi sama yang kebanyakannya hasil daripada teknologi ciplak yang dipaparkan dalam Internet dan ia tidak sama dengan alat yang melalui proses piawaian dan kajian klinikal.

Kebanyakan peralatan itu kelihatan sama seperti yang asli tetapi sebenarnya tidak. Jika dipakai,ia boleh memudaratkan anggota kelamin.

Saya mula mengendalikan kes lelaki yang mempunyai isu saiz dan bentuk anggota kelamin 15 tahun lalu. Ketika itu alat penarik tisu otot alat kelamin baru diperkenalkan di Eropah.

Saya mendapat sampel alat berkenaan ketika menghadiri Konferensi Andrologi Antarabangsa di Salzberg,Austria.Selepas menggunakannya dan mendapati ia berkesan,saya cuba berhubung dengan syarikat yang mengeluarkannya untuk membeli beberapa set.

Bagaimanapun,ketika itu alat itu masih dalam kajian dan hanya dipasarkan di sekitar Eropah. Kini alat itu dipasarkan secara global setelah mendapat sijil piawaian antarabangsa dan sokongan pakar urologi dan andrologi antarabangsa.

Alat tersebut ialah Androzakar@Andropenis Gold.

sumber : Metro

Read more...

Perlu Ransang Supaya Cergas

ANGGOTA kelamin manusia sama seperti bahagian tubuh badan lain iaitu ia mempunyai peranan tertentu.Jika peranan itu dilaksanakan atau ‘diusik’,anggota itu berfungsi dengan baik dan cergas.

Jika gagal,ia menjadi kurang aktif dan tidak bermaya.Dulu,anda merangsang anggota kelamin dan mendapati ia aktif dan cergas.Kini anda kurang melakukannya,oleh itu anggota kelamin anda kelihatan tidak bermaya dan jika ereksi ia tidak aktif seperti dulu.

Bagi golongan lelaki,perkara ini adalah biasa dan dijangka.Namun,ia bukan punca penyakit. Apabila lelaki berumah tangga,anggota sulitnya memainkan peranan sepatutnya.

Dengan adanya pasangan di sisi,perasaan teruja akan memuncak dan memudahkan anda mencapai ereksi lebih padat.

Ini perkara biasa dan ia mengikut seruan ‘syahwat’ yang terbentuk secara semula jadi untuk semua lelaki muda yang berdamping dengan wanita idaman.

Justeru,tentu anda dapat memainkan peranan dengan cukup baik,lebih-lebih lagi apabila menerima galakan dan motivasi daripada pasangan.

Bagaimanapun,jika peranan itu gagal,anda berasa seperti kurang keghairahan untuk melakukan hubungan seks,perasaan jemu untuk berhubungan,tidak berminat dan sebagainya.

Pada masa sama,perkara ini membuatkan pasangan,ama ada lelaki atau wanita,kurang berminat untuk melakukan hubungan kelamin.Jadi,alat sulit yang memainkan peranan itu tidak ‘diusik’ dan ia menjadikan hubungan suami isteri tawar.

Nasihat saya,hubungan seks adalah sesuatu yang subjektif dan ia memerlukan perbincangan kedua-dua pihak supaya suami isteri dapat merasakan hubungan kelamin terbaik.

Jika ini dapat dilakukan,rumah tangga berjalan dengan lebih harmoni dan bahagia.Jika kedua-dua pihak ego dan tidak mahu berbincang,kemungkinan pelbagai perkara buruk boleh berlaku meskipun ia berpunca daripada perkara yang sering dianggap remeh — hubungan seks.

Selain itu,amalan gaya hidup sihat iaitu memakan makanan seimbang dan segar,tidak merokok dan lakukan senaman berkala sekurang-kurangnya setengah jam sehari.

Di samping itu anda boleh mengamalkan senaman Kegel atau senaman kemut untuk melangsingkan otot lantai pelvis yang menjadi benteng zakar.Anda boleh bayangkan otot kemut yang kukuh dan kuat dapat mencengkam,memantapkan ereksi yang padat dan kukuh.

Jika ejakulasi berlaku juga,ereksi masih boleh dikekalkan untuk seketika.Jadi,lakukan apa yang saya syorkan iaitu amalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala.

Namun saya ingin tegaskan,amalan berjumpa dukun,bomoh dan tukang urut untuk memantapkan syahwat adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.

Cara itu lebih memudaratkan daripada memberi kebaikan kerana teknik urutan dan ubat mengarut berkenaan boleh merosakkan sistem syahwat dan reproduksi manusia.

sumber : Metro

Read more...

Saiz Bukan Penentu

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai ukuran zakar 7 hingga 8 inci (ereksi),lebih besar daripada rakan sebaya serta melebihi pusat.

Masalah saya ialah ketika ereksi di khalayak ramai saya terpaksa menahan kesakitan kerana zakar tersekat pada pinggang seluar.Selain itu saya juga sukar menumpukan perhatian dan kerap beronani bersama adik dan rakan sebaya.

Teruna rimas
Kuala Lumpur

Anda menghuraikan diri anda sebagai lelaki tulen dengan mengaitkannya dengan saiz zakar yang ‘luar biasa’.Apa yang anda dapat (anggota badan) sama ada kurang atau lebih,semua itu pemberian Allah.

Anggota badan termasuklah alat kelamin adalah amanah Allah dan anda perlu menjaganya dengan baik.Anda perlu menjauhi perkara yang ditegah dalam agama seperti melakukan aktiviti onani tidak kira bersendirian atau bersama rakan,menonton video lucah,melayari atau membaca bahan bacaan lucah.

Bayangkan jika anda ketagih beronani,sudah tentu alat sulit tidak berfungsi dengan sempurna dan berkemungkinan mati pucuk ketika usia masih muda.

Jangan terlalu memikirkan saiz zakar anda kerana ia tidak menandakan anda hebat dalam hubungan kelamin.Ia bukan senjata tetapi lebih berfungsi untuk mengikat kemesraan dengan pasangan apabila berkahwin kelak.

Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda kerana itulah yang akan menentukan kedudukan anda dalam keluarga dan masyarakat.

sumber : Metro

Read more...

Saiz Bukan Penentu

BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?

INGIN TAHU
Serdang, Selangor

Anda perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan,bangsa dan baka.Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.

Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak,ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal,keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk.Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi,purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan,asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan.Malah,hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun,sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah ‘body dismorphism’ yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu,seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.

sumber : Metro

Read more...

Suami Sukar Kekalkan Ketegangan

Monday 14 November 2011

SUAMI saya tidak mampu mengekalkan ketegangan alat sulitnya.Suami beritahu,dia berasa ghairah ketika melihat saya tetapi apabila hubungan seks dilakukan,dia sukar mengekalkan ketegangan alat sulitnya.

Keadaan ini membuatkan dia sering rasa bersalah.Saya menyayanginya dan bersimpati dengan masalah dihadapinya.Adakah penyakit suami boleh disembuhkan dan apakah rawatan sesuai untuknya?Di manakah dia boleh dapatkan rawatan?

ANIRAZA
Kuala Lumpur

Lelaki dalam keadaan ghairah seksual akan mencapai ereksi zakar.Zakar yang kendur dan mengecil akan mengembang dan membesar akibat kemasukan banyak darah dalam liang otot pengembang zakar dan membuatkan zakar keras dan padat.

Pada masa sama, ruang ‘kavernosa’ otot erektil dalam liang otot zakar menjadi lega untuk memudahkan darah masuk dengan banyak, membuatkan zakar tegang dengan padat.

Tahap ketegangan ini dikenali sebagai tahap ketegangan gred empat,yang mana penetrasi boleh dilakukan walaupun wanita itu belum bersedia.

Ereksi gred tiga hanya mampu melakukan penetrasi seandainya wanita itu bersedia,iaitu jika faraj lembap dan licin serta wanita itu melegakan pembukaan faraj.

Jika tidak berbuat begitu,zakar tidak masuk dengan penuh dan hanya tersekat di pembukaan faraj. Untuk gred dua dan satu, zakar nampak besar tapi jika dipegang,ia sekadar pejal.Saya menganggarkan gred ereksi suami anda hanya dua ke bawah,maka sukar melakukan tusukan.
Wujud situasi di mana ereksi padat menjadi kurang padat akibat keciciran darah yang bertakung dalam ruang ‘kavernosa’ otot erektil.

Situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ dan cara mengatasinya ialah lelaki itu harus menambat pangkal zakarnya dengan alat ‘cincin penambat zakar’ yang sesuai.

Cincin ini dijual di pasaran dengan pelbagai jenama.Yang mustahak ialah jika mahu mencuba menggunakan cincin itu,pastikan ia selamat dan diperbuat daripada bahan yang tidak memberi kesan negatif kepada zakar atau anggota kelamin pasangan.

Cincin penambat zakar diperbuat daripada getah mengandungi kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj. ika suami anda boleh mencapai ereksi tapi gagal mengekalkannya untuk tujuan tusukan,mungkin cincin penambat zakar dapat membantu.
Jika masalahnya ialah tidak dapat ereksi mencukupi,dia perlu jumpa doktor untuk rawatan ‘ED’. Untuk permulaan,dia boleh jumpa doktor keluarga.

Jika tiada apa-apa perubahan dia boleh jumpa pakar.Jika berminat untuk jumpa saya,sila ke Damai Service Hospital di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

sumber : Metro

Read more...

Alat Sulit Bengkok

SAYA berusia 58 tahun.Akhir-akhir ini zakar saya membengkok ke kanan apabila ereksi. Mungkinkah berlaku kecederaan pada urat saraf menyebabkan ia terjadi sedemikian?Apakah rawatan terbaik bagi meluruskannya semula?Saya juga tidak selesa apabila bersama isteri dan kerap terasa pedih apabila ejakulasi.

KARIM
Pulau Pinang

Biasanya,bengkok pada zakar ketika usia lanjut ada kaitan dengan ‘troma’ atau kecederaan. Kecederaan mungkin ringan seperti urutan kepada zakar atau zakar terbengkok ketika melakukan tusukan dalam faraj atau zakar yang ereksi tertindih ketika tidur.

Jarang berlaku kecederaan berat seperti kemalangan atau hentakan kuat kepada zakar yang ereksi dan mengakibatkan bengkak serta zakar kelihatan membengkok.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Peyronie’s Disease’.Sukar dipastikan sebab perkara ini berlaku, kecuali individu yang mengalaminya dapat mengaitkannya dengan kecederaan yang saya nyatakan.

Bengkok berlaku apabila sebahagian selaput otot zakar mengeras dan membuatkan ia membengkok ke arah parutan.Jika ada parut dalam otot zakar,lama-kelamaan zakar kelihatan kecil kerana ketika ereksi,bahagian zakar yang mengeras dengan parut itu tidak mengembang.
Sudah tentu zakar yang melengkung atau membengkok membuatkan salur kencing juga bengkok dan tercerut di bahagian yang bengkok.Ketika ejakulasi berlaku,salur kencing di bahagian berkenaan terasa sakit.

Jika masalah ini dapat diperbetulkan,situasi itu akan reda atau pulih.Jika ia dibiarkan,lama-kelamaan ia menjadi ketara dan kesudahannya individu itu tidak dapat melakukan seks.

Saya syorkan anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rujukan pakar yang tahu mengendalikan masalah ini.

Saya juga syorkan penggunaan alat penarik otot zakar digelar Andro-Extender (www.andromedical.com) selain mendapatkan rawatan untuk melembutkan parut.

sumber : Metro

Read more...

Air Mani Suami Tak Keluar

SAYA berkahwin enam bulan lalu.Ketika bersama,suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan.Dia juga menghidap penyakit kencing manis.Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor

Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik,sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks,cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan,injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan.Apabila sistem ini tergendala,air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing,dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini.Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks,kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing,doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar,penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini.Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal,ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

sumber : Metro

Read more...

Onani Punca Lemah

Friday 11 November 2011


MASALAH kurang ereksi,tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki.Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

Dalam sains,ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja.Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal,lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam.

Bagaimanapun,apabila perasaan teruja itu lega,otot kemut juga menjadi lega,menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki.

Selain itu,ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangkamasa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat.

Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan.

Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju,ereksi dapat dipadatkan.Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal.

Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan.Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki.

Hakikatnya,semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik.

Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel ( mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat ) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit ), sedikit sebanyak ia dapat membantu.

Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini,tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi.

Di samping itu,saya sarankan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan.

Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin.Yang perlu dipercayai,badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan

sumber : Metro

Read more...

Isteri Perkecil Kemampuan Suami

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu.Tahun ini saya berusia 30 tahun,isteri 36 tahun dan kami ada tiga cahaya mata berusia tujuh,lima dan tiga tahun.

Isteri sering memperkecilkan kemampuan seks saya.Dia selalu mengatakan zakar saya kecil dan saya tidak mampu bertahan lama.Sehingga kini dia sering mengatakan tidak puas melakukan hubungan kelamin dengan saya.

Apa yang harus saya lakukan untuk memperbetulkan ‘keadaan’ itu?

NIZAM
Nilai, Negeri Sembilan

Masalah seksual adalah masalah pasangan walaupun hanya seorang mengalaminya.Ia timbul sebagai masalah apabila kehendak dan keinginan pasangannya tidak tercapai.

Soalnya ialah sama ada kehendak itu melebihi batasan kemampuan pasangannya yang dianggap bermasalah.Jika ya,pasangan yang tercabar perlu berusaha atau mencari jalan untuk mengatasi masalah itu.

Tanpa maklum balas daripada pasangan yang mencabar,tentu pasangan yang tercabar tidak tahu setakat mana dia perlu tingkatkan usahanya untuk menyahut cabaran pasangannya.

Lagipun,pasangan yang mencabar itu sama ada dia adil dalam cabarannya iaitu kehendaknya memadai atau luar biasa dan tidak ‘normal’,oleh itu cara terbaik ialah pasangan itu berjumpa pakar atau kaunselor untuk bimbingan.

Isu zakar kecil dan soal bertahan lama yang anda ketengahkan dan dipertikaikan oleh pasangan bukanlah masalah besar.Mungkin anda dilahirkan dengan zakar sebegitu dan tidak menyangka saiznya kecil.

Mungkin anda mempunyai saiz zakar yang biasa untuk lelaki Melayu,Asia atau sebaliknya. Zakar sebegini biasa kelihatan kecil bila tidak beraksi,namun membesar ketika teruja secara seksual.

Zakar berukuran enam sentimeter (cm) ketika ereksi masih mampu disalurkan ke dalam faraj dan merangsang wanita kerana bahagian yang merangsangkan terletak di bahagian permulaan (1/3 pangkal faraj) salur reproduktif,bahagian vulva yang banyak mengandungi urat saraf (seperti klitoris dan bahagian pertemuan bibir kecil di atas).

Sudah tentu ereksi melebihi enam cm mencukupi!Namun,sesetengah wanita rasa lebih teruja jika bahagian ‘dalamannya’ tersentuh.

Jika ini yang dipertikaikan,ia boleh diselesaikan secara baik dengan penggunaan alat zakar palsu yang sesuai atau dengan lelaki itu menjalani kaedah rawatan untuk membesarkan zakarnya!

Ini membabitkan kos pembedahan tinggi dan jika menggunakan alat ‘penis extension’,ia memerlukan rujukan pakar berkenaan dan penggunaan alat tulen (bukan ciplak yang dipaparkan dalam Internet!) yang sesuai untuk jangka masa tertentu (antara empat hingga enam bulan).

Mengenai isu ‘bertahan lama’, saya ingin bertanya berapa lamakah anda bertahan?Mengikut kajian, jika ejakulasi berlaku kurang seminit daripada peringkat penembusan faraj hingga ke peringkat ejakulasi,keadaan ini dikenali sebagai cepat klimaks.

Jika lebih seminit,itu normal! Kini ada pelbagai kaedah rawatan untuk menyelesaikan perkara itu.Jika ereksi kurang mantap yang juga boleh menyebabkan ereksi kurang daya,ubat pelancar darah dapat membantu.

Dalam keadaan ini,ereksi masih kekal dan dapat bertahan walaupun selepas ejakulasi.Selain itu,ada pilihan lain dengan penggunaan alat penambat zakar yang sesuai dan ubat-ubatan yang memang dirumuskan untuk membantu meningkatkan daya kawalan ereksi dan ejakulasi. Semua ini boleh dicuba untuk kebaikan bersama.

Namun,bagaimana pula dengan pasangan anda?Dapatkah dia meringankan bebanan suami, membantu suami dengan cara yang boleh meningkatkan keghairahannya dengan cara selain seks penetratif?

Sampai masanya untuk suami isteri saling membantu antara satu sama lain.Tuduh-menuduh dan ancam-mengancam bukan jalan terbaik.Pendekatan baik ialah bermuafakat dan sama-sama menangani masalah.

sumber : Metro

Read more...

Masalah Pancutan Air Mani

BIASANYA,apabila seseorang lelaki klimaks ketika kemuncak hubungan seksual,air maninya terpancut keluar.Ketika dalam keadaan itu,air mani bertakung di dalam salur kencing di bahagian pundi prostat dan kemudian terkeluar bersama cecair dalam penghujung salur sperma dan salur pundi seminal.

Ini berlaku kerana cengkaman otot sistem pancutan.Apabila sistem pancutan itu tidak aktif, ejakulasi berlaku secara meleleh.

Begitupun,sesetengah lelaki mengalami keadaan di mana air maninya tidak keluar memancut, sebaliknya terpancut ke dalam pundi kencing ketika klimaks.

Dalam keadaan ini, tiada air mani keluar menerusi penghujung zakar.

Bagaimanapun,lelaki itu akan terasa ejakulasi berlaku dan ketika mahu membuang air kecil,air kencing kelihatan seakan-akan keruh.

Semua yang saya jelaskan ini adalah masalah ejakulasi yang boleh berlaku bila-bila masa dan perlu diambil berat.

Lelaki yang mengalami masalah tiada ejakulasi walaupun mencapai klimaks akan gagal memancutkan air mani ke dalam faraj isteri dan ini boleh membuatkan isteri sukar hamil.

Lelaki yang mengalami masalah ini harus segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.Masalah ini boleh berlaku apabila urat saraf yang mengawal ejakulasi tergendala.
Sebilangan besar kes yang saya pernah kendalikan disebabkan penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengikut rawatan doktor dengan jitu, ia mengakibatkan urat saraf menjadi radang.

Kesudahannya,lelaki yang mengalami masalah ini mengalami mati pucuk atau masalah klimaks tiada ejakulasi atau kedua-duanya sekali.

Justeru,apabila ada tanda tiada ejakulasi berlaku ketika hubungan seks,jangan biarkan perkara itu berpanjangan dan berlengah-lengah mendapatkan rawatan.

Pesanan saya,segera berjumpa pakar sesuai dan insya-Allah,masalah ini boleh diubati dan anda akan menjadi lelaki normal kembali.

sumber : Metro

Read more...

Seks Ketika Hamil Tidak Mudarat

SAYA berumur 32 tahun dan menanti kelahiran anak pertama.Usia kandungan isteri saya kini enam bulan dan oleh kerana masih dalam mood bulan madu,kami kerap melakukan hubungan kelamin.

Seperti biasa,isteri saya tiada masalah dan tidak pernah mengadu sakit sewaktu mengadakan hubungan intim.

Saya mohon pandangan mengenai kesan hubungan intim ketika kehamilan,baik kepada isteri saya mahupun kandungannya.

MUHSID
Kangar, Perlis

Hubungan intim suami isteri adalah cara memastikan kehamilan berlaku.Ia sememangnya tidak menjejaskan kandungan atau memberi masalah kesihatan kepada wanita.

Anggota kelamin lelaki dan wanita adalah satu-satunya anugerah tuhan kepada manusia untuk melakukan hubungan seksual dan mendapatkan zuriat.

Ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja asalkan kedua-dua pihak tidak mengalami masalah kesihatan dan mampu melakukannya.

Perlu diketahui,segelintir wanita lebih seronok melakukan hubungan intim sebelum hamil dan ada pula yang seronok ketika hamil.

Malah,jika pasangan tiada masalah,hubungan tetap boleh dilakukan walaupun ketika isteri hampir melahirkan anak dikandungnya.

Hubungan intim pada waktu itu dapat mencetus atau menyenangkan kelahiran kerana air mani yang keluar mengandungi prostaglandin,sekali gus membantu melega pembukaan serviks bagi memudahkan kelahiran bayi.

Namun,jika isteri anda mengalami pendarahan atau ada pengeluaran darah atau tompok coklat yang menggambarkan darah lama,hentikan sementara hubungan intim dan segera melakukan pemeriksaan doktor.

Tanda itu antara simptom yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Jika anda tiada masalah seperti dalam hubungan itu,tiada sebab kenapa anda perlu berhenti sedangkan anda dan pasangan berhajat melakukannya.

Yang penting adalah melakukan hubungan seks dengan posisi yang sesuai dan selesa untuk pasangan.

sumber : Metro

Read more...

Air Mazi Keluar Ketika Kencing

APAKAH sebab air mani keluar ketika ingin membuang air kecil?Ketika itu perasaan dan zakar tidak berada dalam keadaan terangsang.

Zakar seperti ingin membuang air kecil tetapi air mani yang keluar,adakah masalah ini serius? Saya masih bujang dan sebelum ini sering melakukan onani,namun kini menyesal dan berhenti 100 peratus melakukan perkara itu.

Adakah ini berlaku disebabkan perkara berkenaan?Selain itu,buah zakar sering sakit dan berasa senak selepas zakar menegang atau selepas terangsang.

INGIN TAHU
Perak

Air mani keluar ketika lelaki dalam klimaks dan mengalami mimpi basah.Air mani mengandungi cecair dari pundi prostat,pundi seminal,pundi Cowpers,pundi epididimis dan sperma.Cecair jernih yang keluar dari salur kencing ketika meneran,selepas selesai buang air kecil atau air besar ialah air mazi.

Cecair ini terhasil dari pundi Cowpers dan pundi prostat dan ia keluar ketika meneran atau mengemut.Ketika itu otot lantai pelvis mencengkam dan secara tidak langsung ia memerah pundi Cowpers dan sebahagian dari pundi prostat.

Cecair ini tidak mengandungi sperma.Kadangkala air mani terkeluar ketika lelaki dalam keadaan teruja seksual.Ketika itu banyak darah masuk ke dalam otot zakar dan ereksi berlaku.
Pada masa sama,pundi dalam salur kencing mula mengeluarkan cecair jernih sebagai persediaan untuk ejakulasi.Namun ejakulasi tidak berlaku dan ereksi mula mengendur.

Ketika itu berlaku pengeluaran air jernih yang melekit dari salur kencing dan ia ialah air mazi dan tidak mengandungi sperma atau benih lelaki.

Perasaan sakit atau sengal yang berlaku kepada buah zakar ketika anda mencapai ereksi ialah akibat kepadatan darah dalam buah zakar atau ‘testicular congestion’.

Apabila ereksi reda,beberapa minit kemudian kepadatan buah zakar akan lega dan buah zakar rasa selesa. Jika kepadatan itu masih kekal, anda boleh menuamnya dengan ais.

Ais yang sejuk dapat melegakan kepadatan darah dalam buah zakar.Semua perubahan yang saya jelaskan tadi boleh berlaku kepada semua lelaki dan ia fenomena biasa dan bukan penyakit.

sumber : Metro

Read more...

Bakal Pengantin Lelaki Gementar


Saya berumur 22 tahun dan bakal berkahwin tidak lama lagi.Begitupun,saya runsing memikirkan keadaan zakar yang seakan-akan tiada daya ereksi sejak sebulan lalu.

Mungkinkah ini ada kaitan dengan tabiat saya yang kerap onani ketika remaja?Adakah keadaan ini boleh menular kepada mati pucuk?Selain itu,ketika saya membuang air kecil,ada sedikit lelehan air mazi.

WAN
Butterworth,
Pulau Pinang

Sememangnya anggota kelamin lelaki mudah mencapai ereksi ketika ia teruja seksual.Jika perasaan teruja itu reda,ereksi akan reda.

Jika anggota kelamin itu dirangsang untuk memanjangkan perasaan teruja seperti dilakukan ketika melakukan onani,ereksi akan kekal padat dan ejakulasi akan berlaku.Jika amalan onani diteruskan,anggota kelamin lelaki mudah teruja dan terangsang.Apabila amalan itu dikurangkan atau dihentikan,ereksi tidak akan berlaku kecuali ketika bangun tidur atau mahu membuang air kecil selepas bangun tidur.

Anda sudah henti tabiat onani dan tidak lagi menonton cerita porno atau membaca bahan yang membangkitkan perasaan syahwat.Oleh itu anda tidak akan mudah mencapai ereksi tanpa dirangsang.

Bagaimanapun,ereksi pada waktu pagi pasti kekal kerana ini fenomena semula jadi yang juga melambangkan kemampuan fungsi syahwat anda yang masih kekal.Mengenai pengeluaran cecair jernih ketika anda mengemut atau meneran selepas selesai membuang air kecil,cecair ini dihasilkan pundi Cowpers yang kebetulan terkeluar apabila anda kemut atau menggerakkan punggung selepas membuang air.

Ini adalah normal dan ia bukan penyakit.Anda mesti yakin diri dan usah terpengaruh cakap orang.

sumber : Metro

Read more...

Tips Penjagaan Payudara


Kesihatan payudara merupakan aset yang terpenting bagi setiap wanita.Oleh itu,setiap wanita haruslah menitik-beratkan penjagaan payudara agar ia kelihatan menarik dan sempurna.

Berikut adalah beberapa tips untuk penjaggaan payudara :

1. Elakkan sabun dibahagian puting payudara

Ketika mandi,elakkan sabun daripada terkena bahagian puting.Sabun boleh menyebabkan bahagian puting payudara merekah.

2. Ramasan payudara

Jika anda sudah bersuami,elakkan suami meramas payudara dari kiri ke kanan.Ini kerana payudara boleh kendur jika berbuat demikian.

3. Coli

Pemakaian coli yang terlalu ketat adalah patut dielakkan.Kalau boleh gunalah coli yang bersesuaian dengan saiz payudara anda.

4. Sentiasa memakai coli

Ini penting agar penting bentuk payudara sentiasa kekal sempurna dengan sokongan coli.Jika tidak memakai bra,payudara akan sentiasa tergantung dan boleh berubah bentuk.

5. Air mani suami

Suami haruslah pancutkan air mani keatas payudara isteri dan sapukan dengan rata.Teknik ini dapat menegangkan payudara isteri.

6. Elakkan pembedahan

Bersyukurlah dengan payudara anda dan janganlah melakukan pembedahan semata-mata untuk membesarkan saiz payudara.keaslian payudara adalah paling penting.

7. Pemeriksaan payudara

Periksalah payudara anda sendiri untuk mencegah kanser.Perhatikan payudara anda dihapadan cermin jika terdapat ketulan atau benjolan pada payudara.

Read more...

Bahagian Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki


Wanita sememangnya menjadi daya penarik buat lelaki.Namun bahagian mana yang sering menjadi tumpuan mata lelaki?

1. Betis dan Lutut

Wanita yang apabila berjalan bergesel betis dan lututnya amat disukai lelaki walaupun wanita ini tidak begitu menggoyang pinggulnya.Cara berjalan sebegini membayangkan bahawa faraj wanita itu kecil dan sempit dan sempitnya faraj wanita menjadi kesukaan lelaki.

2. Pinggang

Lelaki lebih tertarik pada pinggang yang ramping kerana ianya mudah digoyang sewaktu berjimak.Goyangan sewaktu jimak dilakukan oleh wanita,dayungan biasanya dilakukan oleh lelaki.Goyangan ini memberikan kenikmatan yang lebih tinggi kepada lelaki.

3. Pipi

Ciuman yang melazatkan penciumnya berada pada sasaran pipi yang licin,bersih dan halus. Oleh kerana itu ramai lelaki lebih menyukai wanita yang berpipi licin.

4. Dada dan Payudara

Terdapat pertalian antara bidangnya dada wanita dengan payudaranya.Jika dadanya bidang, maka payudaranya tidak begitu nyata bentuknya.Sekiranya dada kecil, payudara adalah lebih jelas bentuknya dan tampak membengkak dan naik.Keadaan inilah yang menarik perhatian lelaki.

5. Alis Mata

Sekiranya alis mata wanita halus tersusun rapi,ia dianggap sebagai kesukaan kaum lelaki.

6. Dahi

Apabila dahi wanita luas,ia dianggap dahi yang sempurna oleh lelaki.Dahi wanita adalah tempat di mana lelaki akan menemukan dahinya.

7. Bibir dan Lidah

Lelaki lebih menyukai bibir yang nipis dan lidah yang lonjong kerana ia dianggap menikmati kucupan semasa istimta’ mahupun jimak.Pada zaman ini,kucupan lidah lebih disukai dan membangkitkan syahwat 3 kali ganda berbanding dengan ciuman ke pipi,dua alis mata,antara 2 lubang hidung dan pada tengkuk wanita yang mampu membangkitkan syahwat sebanyak 25%

8. Faraj

Pada lelaki,bentuk faraj wanita tidaklah menjadi persoalan besar.Tetapi ramai lelaki lebih sukakan wanita yang mempunyai lubang faraj yang kecil kerana ia dianggap dapat memegang dan menyepit zakar lelaki dengan lebih utuh tatkala jimak.Walaupun begitu,seni kemutan dianggap lebih penting dari besar atau kecilnya lubang faraj kerana ini dianggap lebih memberi kesan kenikmatan kepada lelaki.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP