Petua Jaga Tenaga Batin Lelaki

Friday 28 October 2011


1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik.Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri.Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan.Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3. Jangan terus minum air selepas makan nasi,minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

4. Jangan hembus nafas ketika minum, ahan nafas.Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri ( jimak ).

5. Jangan makan nasi sejuk,panaskan dahulu.

6. Jangan makan nasi berulamkan air.Minum air setelah selesai makan nasi,melainkan jika tercekik.Kesannya sama seperti minum air batu.

7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas,selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu,sejukkan badan kemudian baharulah minum air.

8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar

9. Jika berumur lebih 30 tahun,elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

10. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

11. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

12. Kurangkan dari memakan pisang Embun.

13. Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

15. Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

16. Selepas melakukan hubungan kelamin,rehat dulu 15 minit.Kemudian barulah minum air.

17. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

18. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

19. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung,carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

20. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur.Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar.Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.

21. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

22. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut ( tangkai bunga lalang ) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

23. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

Read more...

Waktu-Waktu Jimak

Thursday 27 October 2011

Perlu diketahui adanya waktu-waktu bagi berjimak.Antara waktu-waktu yg disebutkan ialah :

1. Waktu yg ditegah ( haram )

Apabila isteri dalam keadaan sedang haid,nifas atau wiladah.Haram berjimak dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji.Haram juga menyetubuhi isteri melalui duburnya

2. Waktu yg makruh

Makruh jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.

3. Waktu yg sunat

Sunat memilih hari yg baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.

Begitulah beberapa panduan untuk memilih waktu terbaik untuk jimak. 

Read more...

Teknik Meransangkan Wanita


Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh.Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj ( liang kemaluan ).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki.Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen ( bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan ) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh,bibir,tengkuk,daun telinga,buah dada,leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya,semua mudah dirangsang.

Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks,maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama ( bersetubuh ).

Berbeza dengan lelaki,maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja.Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup.Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya ( alat kelamin lelaki ) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita,maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu.Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra,memuji kecantikannya,kemulusan tubuhnya,kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita iaitu yang berikut :

1. Bahagian kening

2. Bahagian pelupuk mata

3. Hidung

4. Pipi dan sekitarnya

5. Bahagian tengkuk

6. Bahagian leher

7. Daun dan belakang telinga

8. Payudara terutamanya puting

9. Bibir dan lidah

10. Bahagian dalam mulut

11. Peha dan sekitarnya

12. Ketiak

13. Bahagian perut terutama sekitar pusat

14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj

15. Bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang,samaada di raba,di belai,di cium atau di gosok-gosokkan secara lembut dan mesra.Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta.Ini di ikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri.

Cara-cara ini merupakan hal biasa di amalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks.Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Read more...

Nafsu Jimak Wanita

Tuesday 25 October 2011

Tiga tempat nafsu wanita :

1. Nafsu dalam

Nafsu ini ada di dalam faraj,iaitu segala anggota lubang faraj dan otot-otot serta deria rasa yg ada padanya.Untuk membolehkan cepatnya isteri inzal,suami perlu tahu cara memulakan jimak melalui ilmu Makam Yang Lima iaitu lubuk-lubuk untuk dirangsangkan dan ia termasuk memuaskan nafsu dalam.

Ransangan yg kuat dari zakar diperlukan untuk memuaskan semua makan.Lubuk nafsu akan dicari,ia beralih tempat di masa yg berbeza.Cara untuk mencari ialah dengan menusuk kepala zakar sekadar hasyafah ke dinding kiri atau kanan,atas atau bawah sekali tusuk dan berhenti untuk menanti reaksi isteri.

Jika isteri terkejut dengan tusukan itu,nafsu itu berada di dalam.Jimak harus dimulakan dari makam yg berkaitan hingglah isteri inzal di makam itu.

2. Nafsu Luar

Ia berada pada kawasan kelentit,urat jarum serta bibir dalam faraj isteri.Kenakan zakar disitu dan gentel kelentit hingga isteri inzal.Setelah dia inzal diperingkat ini barulah senggama diteruskan.

3. Nafsu badan

Terletak di buah dada dan sekitarnya.Ramas atau jilat buah dada isteri hingga dia inzal.Baru teruskan senggama.Jika semua kaedah tak ada hasil,maka ransang sekaligus ketiga-tiga nasfsu sambil berdayung maka akan cepatlah isteri inzal

Read more...

Suami Suka Seks Ganas

Monday 24 October 2011


Saya baru mendirikan rumah tangga. Yang menimbulkan kebimbangan ialah kehendak seksual ‘luar biasa’ suami saya yang gemarkan aksi ganas.Saya pula bimbang perlakuan itu akan mendatangkan kecederaan kepada zakarnya.

Selain itu,suami kerap menyuruh saya melakukan seks oral yang ganas dan kemudian menelan air maninya.Saya ingin tahu kesannya terhadap kesihatan?

LYN Petaling Jaya JAWAPAN

Anggota sulit mengandungi tisu lembut dan sensitif.Ia perlu dikendalikan secara cermat ketika merangsang anggota berkenaan.

Justeru,secara logik,anggota sulit lelaki dan wanita dibentuk untuk digunakan bersama dalam hubungan seksual.

Bagi onani,menggunakan kekerasan kepada anggota sulit boleh mengakibatkan ia mengalami kecederaan dan kehilangan fungsinya seperti daya sensitiviti.

Sudah tentu ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan seksual jangka panjang di kemudian hari.

Sehubungan itu,jika hendak merangsang anggota sulit,sama ada secara sendiri atau dilakukan pasangan untuk mengecapi keseronokan seksual,perlu dilakukan secara lembut dengan bantuan bahan pelicin. Antaranya jeli pelicin mesra anggota sulit.

Seks oral yang membabitkan penggunaan lidah,mulut dan bibir untuk merangsang anggota sulit perlu dilakukan secara cermat.Berikutan mulut mengandungi banyak kuman,rangsangan yang dilakukan kepada anggota sulit perlu dilakukan tanpa memberi kecederaan.

Jangan sampai anggota itu tergigit kerana ini boleh mengakibatkan anggota yang tercedera itu terdedah kepada jangkitan.

Jika anda dan suami gemar cara seks oral dan peka dengan penjagaan kebersihan,tiada sebab kenapa anda dan suami tidak boleh melakukannya.

Untuk makluman anda,seks oral ditakrif sebagai seks luar tabie dan jika tertangkap boleh dihukum mengikut undang-undang.Mengikut pandangan Islam pula,boleh dilakukan dalam konteks perkahwinan dan kerelaan kedua-dua pasangan.

Read more...

Cara Kulum Zakar Lelaki

Sunday 23 October 2011

Teknik suami menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum / menghisap kemaluan lelaki dikenali sebagai oral seks.Sekiranya anda tidak pernah mengetahui teknik ini,anda mungkin akan menganggapnya sebagai jijik.Anda merasa jijik kerana merasakan kemaluan pasangan anda tidak bersih.

Tetapi sebenarnya,perkara jijik tidak timbul sekiranya pasangan tahu mengamalkan kebersihan kemaluan masing-masing.Perkara paling utama dalam oral seks,ialah kebersihan dan kepercayaan suami isteri.Janganlah sesekali menganggap kemaluan diri atau pasangan anda adalah satu objek yang jijik.

Kemaluan anda dan pasangan adalah bersifat suci,bersih,indah dan membawa kenikmatan sebagaimana bahagian tubuh luaran anda yang lain.Sekiranya anda meyakini kemaluan pasangan anda bersih,maka pasti anda akan seronok melakukannya bersama-sama.

LANGKAH-LANGKAH MEMBIASAKAN DIRI MENGULUM ZAKAR SUAMI

1. Lakukannya demi kepuasan suami anda dengan harapan bahawa suami anda akan lebih menyayangi dan mencintai diri anda.

2. Sekiranya suami anda sanggup mencium dan menjilat kemaluan anda sebagai tanda kasih sayangnya yang tidak terbatas,mengapa tidak anda melakukannya pada suami?Anda dapat membalas kasih sayangnya dengan melakukan rangsangan mulut terhadap kemaluannya.

3. Yakinlah bahawa zakar suami anda sentiasa suci & bersih.Eloklah sekiranya anda berdua sentiasa mandi bersama.Ketika mandi,cucilah zakar suami dengan menggunakan sabun dan pembasmi kuman.

Pujuklah suami supaya mengamalkan pembersihan zakarnya pada setiap hari.Anda juga perlu lakukan perkara yang sama untuk menjaga kebersihan dan kecantikan faraj anda.

4. Sapukanlah makanan yang manis seperti madu,aiskrim atau susu pekat / krimer pada sekeliling zakarnya supaya anda merasa lebih senang mengulumnya.Ia dapat menyeronokkan suasana perhubungan.

5. Biasakanlah memegang dan membelai zakar suami ketika anda berdua menonton TV atau meluangkan masa lapang bersama dan tanpa dilihat oleh orang lain.

Read more...

Petua Untuk Kuatkan Zakar

Friday 21 October 2011


Semua orang lelaki dewasa inginkan zakar yang mantap,sihar,kuat dan tegang.Kerana hanya zakar  yang mantap,kuat dan tegang dapat membahagiakan pasangan anda.Isteri mana tak gembira jika dapat suami yang mempunyai ‘ barang ’ mantap,kuat dan tegang.

Untuk dapatkan semua itu,anda boleh amalkan 10 Tips Untuk Mantap,Sihat,Kuat & Tegangkan Zakar Anda!

1. Jangan minum ais dan apa-apa sahaja minuman bergas.

2. Jangan menggunakan penghawa dingin terlalu kuat,ia akan melemahkan zakar kerana zakar yang dingin tidak mampu mengalirkan darah yang banyak untuk membesar dan menegangkan zakar.

3. Jangan pakai seluar dalam yang ketat.Ketika memakai seluar dalam,cuba biasakan  membetulkan kedudukan batang zakar dengan menaikkannya ke atas iaitu menyentuh perut melegakan zakar dan aliran darah menjadi sempurna.

4. Jangan bersetubuh sebaik sahaja selepas makan.

5. Semasa tidur,elakkan memakai sebarang seluar dalam.

6. Urutlah zakar sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membentuk zakar yang keras,besar dan bertenaga.Urut betul-betul yer, jangan beronani pula.

7. Jangan menghisap rokok.

8. Jangan minum minuman keras.

9. Jangan makan nasi berulamkan air.Minum air lebih kurang lima minit setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik.

10. Jangan amalkan onani/melancap.

Read more...

Kemaluan Kendur Ketika Hubungan

Thursday 20 October 2011

Saya berusia 26 tahun dan baru berkahwin lebih sebulan.Masalahnya,saya tidak seronok ketika membuat hubungan kelamin dan ini menyebabkan saya tidak mendapat klimaks.Saya tidak pernah mengeluarkan air mani sejak kami berkahwin.

Baru-baru ini saya hadapi masalah baru apabila kemaluan tegang kerana ghairah tetapi apabila ingin bersama dengan isteri dan ketika hendak ‘bersama’ tiba-tiba zakar saya mengendur kembali.

Saya mempunyai nafsu terhadap isteri tetapi saya tidak faham mengapa kemaluan saya mengendur ketika hendak bersama.

IKHWAN
Negeri Sembilan

Sememangnya ketika melakukan hubungan keintiman seksual,pasangan itu akan mengecapi nikmat rangsangan seksual yang ketara hingga boleh mencetuskan klimaks.

Jadi masalah anda tidak mencapai klimaks memang kejadian yang tak mustahil kerana anda tidak seronok dan tidak teruja ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Dalam keadaan itu anda tidak sampai kemuncak kerana tiada apa rangsangan yang membina untuk membuatkan anda mencapai kemuncak!

Jadi apa sebenarnya dalam hubungan seksual dengan pasangan yang boleh membuatkan anda seronok dan mencetuskan kemuncak untuk anda?

Mungkin selama ini sebelum berkahwin anda mengamalkan onani,melakukan rangsangan seks tersendiri yang luar biasa seperti baring di atas katil secara meniarap dan menggeselkan anggota sulit anda kepada tilam atau melakukan pelbagai cara tersendiri yang dapat mencetuskan klimaks.

Jadi tidak hairan jika anda tidak dapat mencapai kemuncak dengan pasangan.Mungkin juga anda mempunyai naluri seksual yang rendah dan tidak dapat membangkitkan perasaan syahwat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan walaupun anda ada minat dengannya.

Dalam keadaan begitu,ereksi awal yang anda dapat itu tidak kekal dan anda mengalami masalah untuk melakukan seksdengannya.

Anda tahu yang hubungan keintiman seksual memberi keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga dan anda gagal memberi kepuasan serta nafkah batin kepada isteri.Anda tidak boleh mendiamkan diri dan mengalah.
Masalah naluri seksual rendah dan gangguan atau disfungsi seksual yang anda alami boleh dirawati melalui rawatan moden.Jika anda ketagih dengan amalan melancap dan masih mengekalkannya,anda perlu mendapat bimbingan untuk melebihkan hubungan keintiman seksual atau fizikal dengan pasangan supaya dapat berkongsi nikmat seksual bersama daripada seronok secara sendiri.

Masalah gangguan seksual dan disfungsi seksual ada rawatan moden.Jangan bazirkan masa dan duit berubat cara tradisional atau merawat secara sendiri.

Sila dapatkan rujukan doktor pakar jika doktor keluarga tak dapat membantu anda.

Read more...

Petua Melewatkan Pancutan Mani

1. Sediakan 10 biji kapas,dan 1 sudu minyak jarak.Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak minyak jarak hingga sebati.Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jimak.

2. Ambil hempdeu kambing atau ayam jantan yg baru disembelih.Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jimak.

3. Ambil darah kelawar,gosok pada kedua tapak kaki hingga kering darah itu.Basuhlah hingga bersih.Kemudian boleh jimak.

4. Ambil kuning telur,bubuh sebuku bawang merah,sebuku bawang putih,campur sedikit air. Jerangkan hingga mendidih.Makan di waktu asar sebelum makan petang.

5. Ambil hempedu ayam jantan.Gosokkan di sekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jimak.

6. Ambil bawang merah secawan,sebiji kuning telur,hancurkan bawang merah,kacau dan minum 3 pagi berturut-turut.Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani,dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.

7. Ambil sedikit kacang lulai hitam ( biasanya dijual di kedai jamu atau ubat cina ) dan tumbuk hingga lumat.Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jimak.

Read more...

Pengantin Baru Belum Kecapi Nikmat



Saya berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu.Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan.Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya,kadangkala zakar saya sakit.Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?

SUAMI RISAU
Rawang, Selangor

Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks.Jika ini tidak berlaku,individu itu tidak selesa dan puas.

Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin,apabila gagal dia tertekan.Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma.Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi.Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.

Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi.Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga.

Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan,tapi di belakang,iaitu memasuki pundi kencing.Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang.Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal,urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan urat saraf,sistem ejakulasi tergendala.

Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani,keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm.Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.

Sumber Harian Metro

Read more...

Petua Menguatkan Zakar

Wednesday 19 October 2011




1. Telan segenggam nasi kepal sebesar ibu jari kelinking tanpa mengunyahnya sebelum makasn nasi.

2. Amalkan memakan sesudu kecil jintan manis dan sesudu kecil jintan putih selama 21 pagi.

3. Selalu minum air suam dan amalkan mengunyah 40 kali kunyahan barulah di telan makanan itu terutamanya nasi.

4. Ambil madu secawan dan minyak lenga secawan.Campurkan dan minum sedikit-sedikit setiap hari diwaktu pagi.

5. Ambil kuning telur ayam hitam,air madu,minyak sapi,jinta hitam dan halba.Kandungan semuanya adalah sebanyak kandungan kulit telur ayam setelah ditolak bahagian putih telurnya.Minum selama 3 atau 7 atau 9 hari.

6. Ambil bawang merah dan bawang putih sama banyak.Tumbuk dan perah airnya.Campurkan air madu dan perah airnya.Campurkan air madu sama banyak.Masak di api hingga hilang air bawang itu.Makan selama 7 hari sedikit demi sedikit.

7. Ambil dan bakar abu tanduk rusa,campur dengan air madu dan dimakan.

8. Ambil bawang merah,tumbuk dan ambil airnya,campurkan dengan madu dan minum. Amalkan di waktu pagi.

9. Ambil minyak sapi,air madu dan bawang merah yg telah digiling serta telur ayam hitam. Semuanya sama banyak.Campurkan dan minum 3 pagi sebulan sekali.

10. Ambil biji sawi dan daunnya.tumbuk hingga halus kemudian sapu pada zakar.

11. Ambil 10 biji telur ayam,bagi setiap sebiji telur,ambil seberat wang 10 sen biji tamar. Tumbuk halus. Minum setiap pagi selama 10 hari atau lebih.

Read more...

Koleksi Penguat Tenaga Batin

Sunday 16 October 2011




Di bawah disenaraikan antara beberapa koleksi  berdasarkan pengetahuan pengubatan bangsa melayu bagi menguatkan tenaga batin :

1. Sediakan ramuan-ramuan ini : seulas halia sebesar ibu jari,3 sudu madu lebah asli,1 gram lada hitam,1 gram lada putih,1 gram kismis kuning,1 biji telur ayam kampung diambil kuningnya saja.

Tumbuk halia,lada hitam dan lada putih sehingga lumat dan masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan  lainnya hingga sebati,amalkan makan jamu ini 2 kali sehari di waktu pagi dan petang selama 21 hari berturut.turut.

2. Makan 7 ekor bubuk jawa hidup-hidup sekali di waktu padi dan sekali di waktu petang selama 7 hari berturut-turut ( ada catatan yg menyatakan amalan ini membahayakan ).

3. Ambil 7 ulas cekur atau kencur,1 ulas bawang putih,1 gram lada hitam dan 1 sudu minyak sapi tulin. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk hingga lumat.Begitu juga bawang putih dan lada hitam. Campurkan semua ramuan dan gaul hingga sebati.Amalkan memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut.

Semasa memakannya,ambi lseulas cekur yg lain dan kunyah hingga lumat.Lumurkan kunyahan cekur itu ke seluruh bahagian zakar sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urutan dari bahgian pangkal dan membawa ke bahagian kepala zakar dengan lembut.

4. Ambil madu lebah asli 4 sudu the,sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji.Hancurkan lada hitam itu.Makan ubat ibi di waktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

5. Ambil 1 ekor burung merpati biasa,3 ulas bawang putih dan bawang merah,6 inci petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup.Giling semua bahan ini hingga mendidih,hangatkan seketika sebelum di minum untuk berikutnya.

6. Ambil 1 otak kambing dikeringkan,1 inci halia,kunyit dan lengkuas,3 ulas bawang putih. Rebus semua bahan itu hingga mendidih,hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

7. Sebiji telur ayam,satu sudu minyak sapid an 7 biji buah kurma iaitu bijinya yg telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan dan makan setiap hari selam 10 hari berturut-turut. Paling baik makan sebelum berakhirnya waktu subuh.Boleh juga memakannya setengah jam sebelum jimak.

Read more...

Bentuk Selaput Dara Wanita



1. DARA KELOPAK BUNGA Selaput dara jenis ini sukar sedikit untuk dipecahkan.mungkin darah lebih banyak keluar.


2. DARA LUBANG KECIL - Paling sukar untuk dipecahkan,mungkin paling banyak mengeluarkan darah.


3. DARA LUBANG CINCIN - Jenis selaput dara yg paling mudah dipecahkan dan mungkin paling sikit mengeluarkan darah bila terkoyak.


4. DARA LUBANG DUA - Jenis selaput dara ini juga sukar untuk dipecahkan.


5. TIADA DARA - Ada wanita yg memang tiada dara sejak lahir ke dunia,semula jadi.

Read more...

Mengenali Buah Dada Wanita

Saturday 15 October 2011

Buah dada wanita adalah lubuk nafsu yg digelar nafsu badan.Bentuk buah dada yg mana putingnya mendingak ke atas dikatakan di miliki oleh wanita yg mempunyai nafsu jimak yg membara dan bentuk ini biasanya yg diidamkan oleh lelaki .

Saiz buah dada yg besar dikatakan dipunyai oleh wanita yg kuatnya nafsunya tapi kurang akalnya.Wanita yg mempunyai buah dada yg kecil dikatakan mempunyai sifat keibuan,boleh menjadi ibu yg baik

Warna puting buah dada adalah lebih cerah ketika wanita itu masih dara jika dia berkulit cerah,warna puting itu seakan-akan merah muda.Semasa dara,putingya pun kecil dan buah dadanya biasa lebih keras.Bila dah berkahawin terutama masa hamil,puting buah dada akan berubah menjadi kehitaman.

Buah dada memainkan peranan besar dalam mengingkatkan keghairahan suami.Kawasan yg paling mengghairahkan isteri pada buah dada wanita mengikut pengajaran orang Melayu ialah di bahagian putingnya.

Sentuhan pada bahagian puting scara langsung meningkatkan ghairah di bahagian faraj dan rahim wanita.

Read more...

Mengenali Faraj Wanita

Friday 14 October 2011

Faraj adalah anggota alat kelamin wanita.Setiap bahagian pada faraj wanita mempunyai fungsinya tersendiri :


1. Bibir luar atau pintu faraj


Ia adalah daging kembar sebelah luar yg ditutup bulu ari-ari.Berfungsi menutupi lubang faraj ketika tak berjimak dan merasai sentuhan buah zakar ketika bersetubuh.


2. Bibir dalam


 Bahagian daging kembar sebelah kanan berada di antara 2 bibir luar dan bersambung dengannya.Ia meliputi urat jarum dan kelentit.Amat peka kepada sentuhan.Berfungsi merasai batang zakat semasa senggama.


3. Biji Kelentit


Ia daging kecil sedikit menonjol di atas kelentit dan ditutupi oleh daging kelentit.Ia adalah hujung urat jarum.Sangat peka kepada sentuhan dan menilbulkan ngilu.


4. Lubang faraj


Tempat di mana zakar akan dimasukkan.Pada dindingnya mempunyai perasa-perasa dan mengeluarkan mazi baginya mengurangkan geseran zakar dan kepala zakar.Ia juga mempunyai otot-otot cincin bagi mengembang dan menguncup lantas boleh mengemut batang zakar.

Read more...

Teknik Ciuman Kamasutra

Menurut cuiman dalam Kamasutra,tempat-tempat bagi ciuman adalah pada mata,pipi, kerongkong,buah dada,bibir mulut dan juga dalam mulut.Ada juga yg mencium celah peha,lengan dan pusat.Di sini antara beberapa teknik ciuman seks suami isteri :


1. CIUMAN SEBENTAR

Bila isteri hanya menyentuh mulut suaminya dengan mulutnya tetapi tak buat apa-apa.


2. CIUMAN DEBARAN

Isteri menekan bibirnya dengan bibir bawah kekasihnya lalu dia menghisapnya.


3. CIUMAN MENYENTUH

Isteri menyentuh lidahnya pada lidah kekasihnya sambil pejamkan matanya dan letakkan tangannya ke tangan kekasihnya.


4. CIUMAN DEBARAN

Isteri menekan bibirnya dengan bibir bawah kekasihnya lalu dia menghisapnya.


5. CIUMAN BERPUTAR

Pasangan memutarkan kepala kekasih dengan memegang kepala dan dagu kekasih dan menciumnya.


6. CIUMAN API CINTA

Bila isteri melihat muka kekasihnya ketika dia tidur dan mencium untuk menunjukkan kehendak nalurinya.

Read more...

Ciuman Seks



1. CIUMAN PEMBUKA

Ciuman ini dilakukan dlm keadaan tenang dan lebih kepada acara memanaskan badan dalam aktiviti hubungan jenis.Walau ia dalam keadaan santai,jenis ciuman ini mampu memberikan perasaan mesra diantara pasangan.Ciuman ini dilakukan dgn mulut masih tertutup dan dilakukan dgn penuh kelembutan.Untuk menambah sensual,ia boleh dilakukan dgn mata terpejam.

Ciuman tidak semata-mata mengenai bibir sahaja tetapi bleh juga dilanjutkan dipipi,kening, leher,rambut dan juga tangan.

 2. CIUMAN KERING

Peringkat seterusnya setelah ciuman pembuka.Tekniknya adalah dgn membuka mulut saat berciuman,hembuskan sedikit angin melalui mulut dgn perasaan lembut dan mesra.Tahanlah sebentar utk menikmati getarannya. Setelah itu angkat perlahan-lahan dan lakukan gerakan tersebut berulang-ulang.

3. CIUMAN BASAH

Ciuman ini dilakukan dgn mulut terbuka kemudian dibasahi dgn lidah dalam gerakan memutar sehingga bibir kelihatan basah dan merekah oleh jilatan.Setelah bibir basah ciumkan bahagian-bahagian tubuh pasangan anda.

4. CIUMAN KULUM

Perasaannya sangat nikmat dan mampu menaikkan berahi dgan cepat iaitu dgn mencium bibir kemudian lidah digerak-gerakkan seperti mengulum gula-gula

Read more...

Panduan Penjagaan Alat Kelamin Wanita




Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang dianjurkan :

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar,seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar.Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak.Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal.Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing ( urinary tract infection ).

7. Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh,tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan,elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Read more...

Teknik Kemutan Faraj

Wednesday 12 October 2011


Entri kali ini membincangkan soal seni kemutan faraj ketika jimak.Di dalam sesetengah masyarakat tradisional, bakal pengantin perempuan akan diajar teknik-teknik mengemut faraj supaya ianya dapat mencengkam dengan baik sewaktu jimak.Kemutan yang kemas mendatangkan rasa nikmat yang maksima bukan saja kepada suami,malahan juga kepada isteri melalui rangsangan dari geseran yang lebih berkesan kepada kepala zakar suami dan dinding rahim isteri.Kemutan yang kemas dan bersistem membantu melambatkan inzal suami disamping menolong cepatkan inzal isteri.Dengan cara-cara tertentu juga, steri boleh merangsang suami untuk cepat inzal jika perlu.

Ada 2 cara latihan yang jika diamalkan selalu boleh membantu wanita mempunyai otot faraj yang mampu mengemut dengan baik

Latihan otot qubul [ buang air kecil ] – dilakukan seolah-olah menahan kencing.Kemut dan tahankan kemutan itu beberapa saat, kemudian lepaskan.

Ulangi sebanyak 20 kali sehari, setiap hari.Latihan ini boleh saja dilakukan diwaktu santai atau ketika memandu atau sewaktu di tempat kerja.

Latihan otot dubur [ buang air besar] – dilakukan seolah-olah menahan najis.Lakukannya 20 kali sehari selepas melatih otot pertama / qubul

Teknik-Teknik Cengkaman dan Kemutan Faraj

1. Kemutan Beserta Diam

Dilakukan apabila suami mendiamkan zakarnya tanpa berdayung.Kemutan yang dilakukan apabila suami berehat sebentar dalam keadaan zakar diberhentikan dari berdayung dan diredamkan di dalam faraj akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami,dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana faraj itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada zakar.

2. Kemutan Beserta Sorong

Kemutan apabila suami menyorongkan zakarnya.Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan zakarnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik zakarnya akan mempercepatkan suami isnzal maninya atau ejakulasi.Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama apabila jima, atau sekiranya keadaan lubang faraj terlalu licin akibat air mazi isteri yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar akibat banyak kali bersalin.

3. Kemutan Beserta Tarik

Dilakukan semasa suami menarik zakarnya akan membantu suami melambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri.Gerakan suami menarik zakar dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan faraj isteri akan mengurut batang zakar ke arah hujung atau kepala zakar dan ini membantu melambatkan inzal suami. Sebaliknya bagi isteri,apabila mencengkam zakar yang sedang ditarik dari liang faraj akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam jimak.Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong zakar.

Read more...

Cara Nikmati Seks Lepas Stress / Tension




Ramai antara kita sanggup melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan kekuatan seksual.Tanpa mengira wang dan risiko bakal mereka terima,ada yg sanggup menggunakan ubatan tradisional dan juga moden yg belum dipastikan keberkesanannya bagi memastikan mereka kuat dari segi tenaga batin.

Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mencapai kekuatan seksual tanpa perlu berbelanja besar dan berhadapan dengan risiko.Tip di bawah boleh membantu anda yang sememangnya sedang mencari cara untuk meningkatkan kekuatan seksual.

1. Anggap dalam bulan madu

Ingatkah anda kali pertama anda melakukan hubungan seks dengan pasangan?Semuanya mengakui merasakan sesuatu yang indah dan istimewa.Hidupkan kembali kenangan berciuman,berpelukan,bermesraan dan cumbuan-cumbuan saat itu terhadap pasangan anda.Si dia pasti akan merasakan ghairahnya menggelora kembali.

2. Buang dendam lama

Buanglah segala perasaan dendam pada pasangan sekiranya ada meskipun ia menyakitkan.Maafkan dan lupakan semuanya.Setelah anda membuang perasaan tersebut inilah saat anda bersama pasangan meneguk kenikmatan dan kebahagiaan bersama.

3. Bergembira dan hepi

Seks juga seperti aktiviti rekreasi yang menyenangkan.Ciptakan kembali kegembiraan dan kebahagiaan yang pernah anda alami terus-menerus setiap kali berhubungan seks dengan pasangan.

4. Bersenam

Senaman dan bergerak badan membantu melancarkan peredaran darah,membuat tekanan darah menjadi normal dan teratur,serta memperkuatkan stamina.Aturkan jadual untuk anda melakukan senaman walaupun sekejap.

5. Ambil pemakanan yg sihat dan vitamin bila perlu.

Makanan berlemak tinggi akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh dan hasrat seksual anda. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran segar,ikan segar dan makanan tanpa lemak.Lengkapi makanan dengan multi vitamin dan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apakah anda perlu vitamin tambahan atau tidak

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP